Saturday, February 13, 2010

VALENTINE HARI KEKASIH?


Asalammualaikum w.b.t kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini. Agak lama jugak aku tak meng'update' blog nie, asyik kat 'umah yang satu lagi' jer hehehe. Hari nie 14 Februari dan kebanyakan muda-mudi para remajawan yang menyambut hari kekasih, atau lebih tepat lagi Valentine's Day tak kira yang non-muslim atau muslim..dan lebih hebat lagi mengadakan hari penuh bermakna seperti majlis pernikahan!! kononnya agar senang diingati..tak tahulah samaada secara kebetulan ataupun sememangnya ketentuan...Di ruangan yang cukup sempit dan terhad ini ingin aku berkongsi kepada semua berkenaan kisah hari yang sungguh dinanti-nantikan oleh kebanyakan dari kita ini.

Siapakah Valentine ini? Terdapat beberapa versi mengenainya...Versi pertama mengatakan

St.Valentine ini hidup di akhir abad ke 3 M di zaman pemerintahan Raja Romawi Claudius II. Pada 14 Februari 270 M, Claudius II telah menghukum mati St.Valentine kerana menentang beberapa perkara dalam perintahannya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani, lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya. Oleh itu para pengikutnya merayakan hari tersebut (kematian valentine )sebagai lambang ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup.

Versi Kedua mengatakan Valentine mempunyai dua orang kekasih seorang beragam islam manakala seorang lagi kristian ortodoks. Oleh itu beliau lebih menyenangi kekasih ortodoksnya yang merupakan seorang puteri di raja. Kisah percintaan mereka terpalit apabila valentine ditugaskan mengubata puteri tersebut ketika sakit dari situlah masing-masing jatuh hati dan terpaut antara satu sama lain. Kaisar Claudius mendapat tahu kisah ini dan memerintahkan Valentine agar pergi berperang tetapi beliau enggan dan akhirnya dihukum tangkap dan dibunuh.

Versi Ketiga mengatakan Valentine adalah orang yang memainkan peranan besar semasa menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap tidak boleh dilupakan dan sewajarnya dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan yang diterajui Valentine itu pada setiap tahun.
Dengan demikian, sekali gus digunakan sebagai hari mengingati kejayaan Valentine dalam menumpaskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Permasalahannya...bolehkah kita selaku orang yang mengakui beragama islam menyambutya kerana terdapat pelbagai versi yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya..renungkan firman Allah s.w.t.yang bermaksud..
“ Dan janglah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”..nau'zubillah

Jadi kesimpulannya sebagai umat islam kita wajib


waullah hu a'alam

1 comments:

Anonymous February 14, 2010 at 7:28 AM  

salam sahabat blogger...

moga sht ya..

sy setuju dgn entri ini

thx 4 da info..amat berguna pada sy
anda dan rakan blogger lain...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP