Friday, November 25, 2011

LASER, LELAKI, KHATAN DAN TAHAN SAKIT


Cuti sekolah datang lagi....maka ramailah yang berkira-kira samada untuk ber'holiday', ber'honeymoon', berkahwin, bertunang dan bermacam-macam perkataan 'ber' lagi. Tapi manusia hanya merancang hanya ketetapanNya yang 'haq'. Seperti musim-musim cuti yang lalu maka ramailah anak-anak lelaki yang akan dikhatankan atau orang dolu-dolu panggil di'sunat'kan. Ada yang suka begitulah sebaliknya. Melihatkan anak-anak berduyun-duyun di'mandi'kan (calon khatan)oleh orang kampung teringat aku kisah dolu-dolu masa aku nak dikhatankan hehehe. Masa dulu tok mudim yang akan menjalankan 'tugas' kaedah hanya satu..guna batang pisang ekekeke..tapi sekarang pilih jer mana nak samada gunting, pisau, smart clam dan terbaru laser. Entry kali nie aku nak bercerita tentang khatan cara laser..sebab...



anak lelaki aku telah di'laser'kan 3 hari lepas :). Caranya sama seperti 'cara gunting' cuma gunting ditukar kepada laser. Apa yang bole aku kata cara nie memang TERBAEKKK kerana apa??? setitik darah pun tak keluar perghhhhh....napa tak percaya...gie try test huhuhuhu. Walaupun begitu ia bergantung kepada pesakit cuma doktor terbabit memaklum nisbah berdarah hanya 2:10 dan satu lagi tak payah dibalut dengan bandage...hebatkan. Cuma bayarannya agak mahal berbanding biasa iaitu RM150.00 aje.

"nak jadi orang lelaki mesti tahan sakit" terngiang-ngiang kata-kata mak aku. Lebih hebat lagi perkataan tu akan diperturunkan dari generasi ke generasi berikutnya. Persoalan mula timbul dalam benak aku nie...kenapa jadi orang lelaki kena tahan sakit??? betul ke lelaki tahan sakit???? Yeappp inilah jawapannya....ORANG LELAKI SEBENARNYA TAK TAHAN SAKIT sebab tu ayat "nak jadi orang lelaki mesti tahan sakit" diperturunkan dari generasi ke generasi sebagai psikologi atau ubat tahan sakit pada lelaki.

Walaupun aku LELAKI tapi kenapa aku cakap LELAKI TAK TAHAN SAKIT??? Kalau anda lelaki semua waraskan otak dan akal....dok piqio sejenak kenapa Adam di'tidur'kan sewaktu Allah S.W.T menciptakan Hawa dari rusuk kiri Adam??? nahhh pikirin pak dan banyak contoh-contoh lain yang boleh dikutip dari sekeliling kita....maka BERSABOR ler puak-puak lelaki ekkk


Teruskan Membaca »»

Monday, July 18, 2011

ERROR 404


As-salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog ini. Maaf tidak dapat meng'update' blog dengan kerap kerana terdapat masalah teknikal iaitu........ aku rasa tentu ramai blogger yang menghadapi masalah ini. Kekadang boleh login kekadang tak boleh...ehmmmmm macam mana nak buat nie :( . Telah banyak kali pertanyaan dan persoalan diutarakan tapi masih juga sama...kekadang boleh kekadang tak boleh (login) letih laaaa. Bertanggung jawab ke atas lebih dari 4 blog untuk dikendalikan memang pekara yang sungguh mencabar bila berhadapan dengan permasalahan ini....Tetapi Alhamdulillah akhirnya dapat juga login dan terus meng'update' blog dengan cara

menghantar e-mail permasalahan ke blogger.com. Lebih kurang 1 minggu lebih jugak menunggu tapi akhirnya berbaloi.

Adakah masalah ini berakhir di sini???? OHHHH tidak....lebih kurang 3-4 minggu berlaku lagi..memang memenatkan apatah lagi maklumat-maklumat penting perlu di'UPLOAD'. Ader cadangan agar menyewa hosting dan domain..tetapi bagi blog2 persendirian berbaloikah??KECUALI jika blog persendirian dijadikan blog perniagaan...yeap berbaloi..mmg berbaloi....akan di fikirkan kemudian..tapi buat masa ini biarlah RAHSIA...Sambil tu layanzzzz lagu nie :)


Teruskan Membaca »»

Thursday, March 17, 2011

MERONG MAHAWANGSA...ANTARA KEPUASAN DAN PERSOALAN


As salam pada semua dan terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung ke teratak kami. Setelah sekian lamanya mendengar hiruk pikuk dan gegak gempita Hikayat Merong Mahawangsa(HMMW) oleh KRU yang sedang berlayar di panggung-panggung seluruh Malaysia, barulah tadi terdapat ruang bagi aku dan isteri juga "jantan-jantan" kami meneroka ke sana...manakala tuan puteri-tuan puteri kami terpaksa di transit ke pengasuh sekunder.

So....keluar jer panggung, orang rumah aku berkata "bolehlah...bolehlah" sambil ketawa sinis...ehmmmm..al maklumlah dia suka filem fiksyen 'mat salleh' macam twilight(wajib), spiderman, batman...tah macam-macam lagi ler ekekekeke... Sebenarnya dah lama aku 'syok' dengan lagu tema HMMW, sampai message tone pun dah guna lagu tu hehehehe.. Jadi expectation kami memang tinggi sangat, lebih-lebih dengan preview-preview kat TV, radio...perghhhhhh memang mesti 'mari' filem nie...RM 8 juta beb...



Apa yang aku boleh komen....dari segi teknik grafik memamg cun lebih-lebih lagi masa nampak anak panah orang geruda terbang ke udara...pastu masa lampu 'kunang-kunang' pecah..perghhhh memang berkesan KRU nak tunjukkan keayuan puteri cina(ker sebab muka bini aku macam cina tu yang buat aku suka kot wakakakakaka)...cuma masa kat air terjun sebenarnya kalau betul-betul memang cantik pemandangan tu tapi gelap maybe nak tujukkan masa malam. Sound ada sikit trouble masa mula-mula start...pastu tu 'mencanak-canak' ke'OK'wannya. First aksi lawan merong kat Goa aku rasa boring sangat maybe KRU cuba masukkan unsur-unsur humor.

So overall memang OK banget berbanding ngan filem-filem tempatan yang lain...tahniah KRU dan krew-krewnya... dan aku suggest kan korang turut serta menyokong filem tempatan.. Kat bawah nie ader lagu tema HMMW yang pada mulanya aku dah masukkan senikata tapi kena WARNING ngan youtube sbb under protected...so layan jer apa yang sedia ader ekekekeke

NOTIS WARNING YOUTUBE DARI KRU UNTUK AKU hehehehe


SEDETIK LEBIH OST HMMW



Teruskan Membaca »»

Tuesday, February 15, 2011

FUNFAIR 2011


Asalammualaikum W.B.T kepada semua pengunjung blog ini. Rasanya jika rumah pastinya dah bersawang dek labah-labah...jika kereta nescaya kena tukar bateri...macam tu lah blog nie..dah lama rasanya tak update. Rasanya tak terlewat buat aku & family ingin mengucapkan selamat menyamabut hari kebesaran dan penuh keberkatan Maulidur Rasul kepada semua....t.kasih kerana masih setia berkunjung walaupun dh bersawang..terima kasih.

Yeap FunFair datang lagi di Kluang...tiap-tiap hari bila lalu depan funfair bersama(kereta) anak-anak mesti diorang merengek...lebih-lebih lagi yang no 3...bahhhhh nak naik punpair..nak naik punpairrrrr




Lebih kurang pukul 9.30 mlm semalam kami sekeluarga ke sana...banyak jugak aktiviti yang boleh di buat = RM hehehehe....bumper car, euro wheel, roller cup(coaster), haunted castle, marry go round and banyak lagi ler...yang penting RM ekekeke. Pekara yang aku paling tak boleh lupa pasal anak aku no 2..si Wan...masa kita org tgh dok sok perati hantu robot kat haunted castle yang pd mulanya tak bergerak tapi tiba-tiba dier gerak... bila aku pusing jer belakang..nengok Wan dah pecut lari jauh...ketakutan ekekeke(dier mmg wakil sekolah lari 100M)...mmg nk pecah perut mulanya aku nengok dia (tapi aku simpan) hehehehe.... So overall aku spent around RM150 tak sampai 3 jam ekekeke..ok ler tu yang penting anak-anak dapat pendedahan...


Teruskan Membaca »»

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP