Friday, November 25, 2011

LASER, LELAKI, KHATAN DAN TAHAN SAKIT


Cuti sekolah datang lagi....maka ramailah yang berkira-kira samada untuk ber'holiday', ber'honeymoon', berkahwin, bertunang dan bermacam-macam perkataan 'ber' lagi. Tapi manusia hanya merancang hanya ketetapanNya yang 'haq'. Seperti musim-musim cuti yang lalu maka ramailah anak-anak lelaki yang akan dikhatankan atau orang dolu-dolu panggil di'sunat'kan. Ada yang suka begitulah sebaliknya. Melihatkan anak-anak berduyun-duyun di'mandi'kan (calon khatan)oleh orang kampung teringat aku kisah dolu-dolu masa aku nak dikhatankan hehehe. Masa dulu tok mudim yang akan menjalankan 'tugas' kaedah hanya satu..guna batang pisang ekekeke..tapi sekarang pilih jer mana nak samada gunting, pisau, smart clam dan terbaru laser. Entry kali nie aku nak bercerita tentang khatan cara laser..sebab...



anak lelaki aku telah di'laser'kan 3 hari lepas :). Caranya sama seperti 'cara gunting' cuma gunting ditukar kepada laser. Apa yang bole aku kata cara nie memang TERBAEKKK kerana apa??? setitik darah pun tak keluar perghhhhh....napa tak percaya...gie try test huhuhuhu. Walaupun begitu ia bergantung kepada pesakit cuma doktor terbabit memaklum nisbah berdarah hanya 2:10 dan satu lagi tak payah dibalut dengan bandage...hebatkan. Cuma bayarannya agak mahal berbanding biasa iaitu RM150.00 aje.

"nak jadi orang lelaki mesti tahan sakit" terngiang-ngiang kata-kata mak aku. Lebih hebat lagi perkataan tu akan diperturunkan dari generasi ke generasi berikutnya. Persoalan mula timbul dalam benak aku nie...kenapa jadi orang lelaki kena tahan sakit??? betul ke lelaki tahan sakit???? Yeappp inilah jawapannya....ORANG LELAKI SEBENARNYA TAK TAHAN SAKIT sebab tu ayat "nak jadi orang lelaki mesti tahan sakit" diperturunkan dari generasi ke generasi sebagai psikologi atau ubat tahan sakit pada lelaki.

Walaupun aku LELAKI tapi kenapa aku cakap LELAKI TAK TAHAN SAKIT??? Kalau anda lelaki semua waraskan otak dan akal....dok piqio sejenak kenapa Adam di'tidur'kan sewaktu Allah S.W.T menciptakan Hawa dari rusuk kiri Adam??? nahhh pikirin pak dan banyak contoh-contoh lain yang boleh dikutip dari sekeliling kita....maka BERSABOR ler puak-puak lelaki ekkk


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP