Tuesday, February 7, 2012

E-CIGARETTE ATAU E-ROKOK

Assalammualaikum dan terima kasih semua...hari nie Jumaat 7 Febuari 2012...ari nie aku nak berkongsi tajuk tentang e-cigarette atau e-rokok. Apa tu e-cigarette atau e-rokok nie??? ia singkatan kepada Elektronik Cigarette, mula dicipta pada tahun 1965 oleh Herbert A. Gilbert dari Amerika. Kemudian di 'modified' oleh Hon Lik seorang ahli pharmasi China. Ramai yang bertanya terutama perokok2 tegar tentang e-rokok nie..termasuk la akuuuu. Terutama tentang samada lebih bahaya dari rokok biasa atau tidak. Memang teruja bebenor ler aku nie first time 'diperkenalkan' dgn sorang kawan Cikgu Muhammad Mahazam dari STM 1, bulan Mac tahun lepas. Setelah tu aku buat research sikit2
dannnnnnnn 3 ari lepas aku baru beli e-rokok aku ngan harga RM139 hinggit di Kluang Plaza..tq kepada Mr. Zulkarnian yang memberikan 'location'nya hehehe. So apa citer e-rokok nie...BAHAYA or KURANG BAHAYA dari rokok biasa???

Selak punya selak..cari punya cari..banding punyer banding maka aku terjumpa artikel dari website FORBES. Dalam penyelidikan yang dibuat oleh Dr. Klaus Lessnau pakar jantung dari Lenox Hill Hospital New York antara lain beliau menyatakan “electronic cigarettes cannot be recommended to improve lung health, there is certainly some degree of harm reduction compared to regular cigarette use.” dan “regular tobacco products produce more than 1,000 toxic substances, many of them tar related–whereas, electronic cigarettes do not” antara lain maksudnya mmg terdapat sedikit resiko pengurangan terhadap kanser paru2 dengan e-rokok berbanding rokok biasa manakala rokok biasa mempunyai lebih 1000 toksik berbahaya manakala e-rokok langsung tidak ada. Boleh baca selanjutnya di --> SINI <-- br="">
Bukan lah bermakna dengan membaca artikel aku menggalakan korang hisap e-rokok nie..tapi hanyalah sebagai bahan bacaan dan tak lebih dari itu. Dan yang paling baik sudah tentulah berhenti aje isap rokok ekekeke. Wokey sampai c ne dulu..Sebelum mengundur diri..saksikan video berkenaan dengan E-Rokok di NTV 9...Wasalam semua :)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP