Saturday, May 5, 2012

WAKIL NEGERI

Assalammualaikum dan terima kasih kepada pengunjung setia blog aku ini, walaupun x brape nk update :). 28 April 2012 tercatatlah sejarah dalam hidup aku apabila menjadi atlet (walaupon 1 ari jer) dalam sukan yang memang aku minat masa2 sekolah dolu kala hehehe. Dekat 15 tahun aku tinggalkan sukan yang aku minat nie..alhamdulillah akhirnya dapat gak aku cuba try test...hohohoho geram woooo :). Kisahnya bermula
apabila aku dicalonkan menjadi tokoh guru cemerlang kategori OKU dalam daerah Kluang. OKU??? Hahahaha nape x caya??? Hehehehe sememangnya ramai rakan2 dan kenalan aku yang baru kenal x perasan aku OKU. Malah rakan2 terutama rakan2 guru tergelak besar bila aku mohon kad OKU...sampai ader yang kata 'kalu aku jadi doktor(masa buat pengesahan)aku x kan sahkan' hohohoho sabar jer la. 

Berbalik pada tokoh guru..sewaktu pengisian borang terdapat coloumn berkaitan 'penglibatan sukan' hahahaha sukan??? mana ader aku join sukan!!! latih n anto budak gie sukan tiap2 tawon ader ler hehehehe. Dari itu aku tercari2 dan secara kebetulan rakan setugas cikgu Abaz @banbaz boy mmg terlibat dalam organisasi sukan Pend. Khas dan secara kebetulan En. Hamzah @along anja, Pen. PPD Kluang bahagian Pend.Khas mempelawa aku jadi atlet wakil Kluang untuk MSSJ Pend. Khas yang secara kebetulan Kluang menjadi tuan rumah untuk tahun ini...weiiiii berapa banyak kebetulan daaaaa....

 2 ari aku train sorang2..pinjam 'peluru' dari SMTK (tq bang Megat GPK Ko-Ku)yang kasi kebenaran aku bawak balik peluru. Brape kilo??? info yang aku dapat berat 4 kilo masa pertandingan..tapi aku train guna 4.5kg. Aku buat sikit research...rekod kebangsaan 12 meter..bila aku train nk cecah 11 meter hohohoho bole dpt johan nie(dalam ati).

 Hari pertandingan...aku masuk 2 acara, rejam lembing ngan lontar peluru. Alhamdulillah dua2 acara dapat pingat tempat ke..(korang nengok ler sendiri dlm gambo) hehehe. Walaupun masa acara lontar peluru berat bola yang dier kasi 6 KILO!!!! Waaaaa!!!! nk terb@#%k aku dibuatnya ekekeke...Banyak kenangan manis pada hari tu... dialog yang aku x leh nk lupa ialah dari salah sorang atlet Pasir Gudang masa nk protes penglibatan aku ngan pengadil rejam lembing...sambil tunjuk kat aku(masa tu aku tgh warming up) 'tuan yang nie macam mana? lengan beso ketul2 layak masuk ker?!!! hah!!! dier bole lari..laju lak tu nengok tu dier lari. Mcm nie kalah ler saya' hahaha tergelak beso aku dibuatnya..sbb brother tu kaki sebelah guna kaki palsu hahaha dgn selamba aku jwb rilek ler bro hehehe aku suka gie gym jer bro menang belum tentu hehehe...

 Alhamdulillah semuanya dah selesai dan aku berkali2 dipelawa oleh Pegawai Sukan MSSJ untuk mewakili Johor ke MSN tetapi setakat ini ..aku tetap dengan pendirian aku, cukuplah setakat ini, kerana terlalu banyak pengorbanan diperlukan untuk ke tahap tu...aku TAK SANGGUP huhuhuhu..di kesempatan ini aku ingin merakamkan ucapan terima kasih banyak2 pada Cikgu Abaz, Tn. Hamzah, Pn. Huda (JPNJ merangkap pegawai sukan MSN) dan rakan2 atlet OKU MSSJ..luv u all :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP