Sunday, June 6, 2010

VACANCES À L'HÔPITAL

Selamat bercuti kepada semua rakan2 guru serta sesiapa sahaja yg sewaktu dgnnya terutama pengunjung2 blog ini...terima kasih..tq guyssss. Cuti telah bermula semestinya banyak rancangan cuti2 Malaysia di rancangkan...aku juga tak terkecuali. Kita hanya merancang tetapi perancangan Allah lebih hebat

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)



Memang tak pernah termimpi aku nak menghantar anak2 aku buat pemeriksaan doktor di hospital kerajaan. Tapi entah kenapa pada hari Sabtu semalam aku dan isteri menghantar puteri bongsu kami ke sana. Allah hu akbar....keluahan hati aku bila menunggu giliran rawatan bila hampir 1 jam dah menunggu..secara kebetulan cuti umum dan secara kebetulan ada 2 kes emergency ( accident ) yg d hantar kat sana.



Kes pertama...melibatkan kereta dan lori..kereta 6 beranak...sempat gak aku membantu mengangkat salah sorang mangsa keluar dari kereta yg menghantar. tup..tup..dengar mangsa suami isteri guru.. yg pasti si isteri mengajar di SK convent..meninggal dunia tak berapa lama mendpt rawatan..anak sulung meninggal d tmpt kejadian..suaminya koma dan 3 org lagi anak lelaki terpaksa d hantar ke J.Baharu. Al-fatihah...

Setelah agak lama menunggu aku ke kaunter pertanyaan utk meng'cancel' appointment..tapi d sambut baik dan terus puteri bongsuku d benar masuk ke bilik rawatan...melangkah aja ke dalam bilik rawatan....Allah hu akbar...Allah hu akbar...aku melihat mangsa yang tadi kemalangan terlantar, terbiar sepi tanpa apa2 tindakan susulan..sedih, pilu bila terlihatkan mangsa2 lebih2 lagi anak kecil yg berdarah terbiar terlantar memerlukan bantuan..Allah hu akbar...Allah hu akbar..selamatkan mereka Ya Allah..selamtkan meraka...



Aku tak menyalahkan sesiapa dalam pekara ini..doktor2 hospital kerajaan??? apalah daya mereka sudah tentu berhempas pulas membantu pesakit lebih2 lagi yang aku dapat tahu hanya 2 orang saja yg bertugas pd waktu itu...pembantu2 perubatan?? pasti korang tahu batas2 skop mereka..tapi yang PASTI kerajaan khususnya kementerian kesihatan perlu berkerja keras menambah bilangan doktor d negara ini..what ever it takes mesti tambah..kalu tak...Allah hu akbar..Allah hu akbar...pikir sendir kalu yg terjadi tu tekena pd kaum keluarga kita..na u'zu billah min zaliq..

Puteri bongsuku terpaksa d tahan di wad kanak2 (Melor) bagi tujuan rawatan susulan kerana disyaki mengalami jangikatan peparu ( athma )..isteriku terpaksa menjaganya d sana.. Alhamdulillah hari ini keadaan kesihatannya semakin baik alhamdulillah...Aku mohon agar saudara mara, rakan2, serta pengunjung2 blog ini apalah kiranya dpt mendoakan akan kesejahteraan kesihatan puteri bongsuku Nur Fatimatul Zahra agar cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala..aminnnn

1 comments:

TokNabe June 8, 2010 at 4:11 PM  

Doktor ramai tp dok kat klinik masing2 ler.......

Nak dok spital kerajaan, kata depa, gaji kecik.......

hehe yang untuk geng2 polis jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP