Saturday, February 25, 2012

COATS' DISEASE..HANYA ALLAH TEMPAT KAMI MENGADU


Tanggal 3 Oktober 2011 tidak akan dilupakan buat kami sekeluarga. Putera ke-2 kami Muhammad Fadhlan Zaqwan(WAN) telah disahkan mengalami penyakit COATS' DISEASE. Penyakit mata yang tidak ada penawarnya sehingga hari ini, walaupun penyakit ini telah ditemui oleh pakar mata opthalmologist dari Scotland pada tahun 1908. Pada awalnya sememangnya kami tidak menyedari yang Wan mengidap penyakit ini. Setiap kali 'menangkap' gambar pasti ada 'red eye' pada mata belah kirinya, sehinggakan wan sentiasa menjadi 'bahan' amarah aku...kesian dia..maafkan abah Wan kerana tidak tahu.

Penyakit Wan dikesan sewaktu abangnya membuat pemeriksaan mata bagi tujuan membuat cermin mata, pada waktu itu Wan baru berumur 5 tahun. Optometri yang memeriksa mata Wan mengatakan banyak saraf matanya yang telah rosak dan mencadang kami menghantarnya ke pakar mata. September 2011 kami ke Pusat Pakar Mata Masran Kluang, Johor. Wan disyaki mengalami Coats' Disease, dan dicadangkan kami ke Pakar Mata Hospital Besar Sultanah Aminah dan bukannya hospital swasta kerana kepakaran penyakit itu hanya ada di sana.




Setelah hampir seminggu aku menjaga Wan di sana dengan pelbagai cara pemeriksaan dijalankan, SAH wan mengidap penyakit tersebut. Memang kami tak sangka..sememangnya kami tak sangka Wan yang periang, aktif berlari, bermain macam kanak-kanak lain rupa-rupanya...sememangnya dia lain...lain dari yang baisa.. Allah sedang menguji kami kerana penyakit ini berlaku HANYA pada seorang kanak-kanak lelaki dengan 1 juta kelahiran. Allah memilih kami...Allah memilih kita Umie...

Hari-hari yang mendatang dilalui seperti biasa oleh Wan sehinggalah tarikh keramat Sabtu 4 Februari 2012...Wan balik rumah pada petang hari dengan terdapat sedikit warna merah di sekeliling mata kirinya kerana terkena bola sepak. Kami tidak menyesaki apa-apa sehinggalah keesokkan harinya apabila mata putih kirinya bertukar merah sepenuhnya. Allah Hu Akbar..."mana nak cari klinik yang bukak pada hari Ahad...sok senin cuti umum pulak...nak tak nak kena tunggu hari Selasa" kataku pada Umie isteri kesayanganku.

Hari Selasa yang ditunggu tiba...kami bergegas ke Pakar Mata Masran...Allah Hu Akbar..masih tutup...bergegas ke Pakar Mata Bistro..Allah Hu Akbar..dah tutup rupa-rupanya..bergegas ke Pakar Utama Kluang...Allah Hu Akbar..tutup lagi...Alhamdulillah klinik pakar kanak-kanak Soh bukak, kami mendapatkan rawatan untuk Wan di sana. Hasil pemeriksaan doktor, Wan allergic dan diberi ubat titis mata untuk allergic. Walaupun hati kecilku berkata 'banggang apa doktor nie'..demi memujuk hati..aku pendamkan saja. Umie mencadangkan kami ke Hospital Pakar Muar keesokkan harinya...aku setuju.

Dalam perjalanan ke Hospital Pakar Muar kelihatan Pakar Mata Masran buka, kami singgah di sana. Aku tidak mengiringi Wan kecuali Umie isteriku, aku bersama dengan anak-anak yang lain tunggu di dalam kereta. Hampir 2 jam menunggu akhirnya Wan dan Umie kembali ke kereta. Doktor Masran mencadangkan kami ke hospital kerana khuatir mata Wan telah melepasi tahap 4 coats' disease.

Wan ditahan selama 2 hari, bacaan tekanan matanya(glaucoma) 55 sedangkan manusia normal 10-20. Wan 'discharge' dari hospital...setelah 2 minggu berlalu mata putih Wan sudah mula nampak perubahan..warna merah sudah mengurang tetapi kemudian diserang pula demam,muntah-muntah dan cirit birit...Allah Hu Akbar...kesian Wan...kemudian abangnya tersepak pula kepala Wan secara tidak sengaja...Allah Hu Akbar..malamnya mata putih Wan kembali merah...Allah Hu Akbar...baru nak baik dah kena lagi..sabar yea Wan...dan pada ketika ini Wan masih lemah dan terpaksa dicutikan selama 4 hari. Mudah-mudahan hari Isnin nanti Wan akan pulih dan kembali ke sekolah seperti biasa...aminnn. Kami dengan rasa rendah diri dengan penuh berharap memohon agar pengunjung blog ini, ahli keluarga, saudara mara, dan rakan-rakan agar apalah kiranya dapat mendoakan kebaikan untuk kesihatan dan kesejahteraan Wan..terima kasih sekali lagi.

4 comments:

azlanlin February 25, 2012 at 11:53 PM  

Berusaha dalam sabar....
~ hanya yang melaluinya lebih mengetahui situasinya.. Allahuakbar!

fazrine February 26, 2012 at 9:16 PM  

Allah Hu Akbar..t.kasih bro Azlan lin atas keperihatinan anda....moga Allah memberikan keberkatan yang melimpah ruah untuk anda dan keluarga..amin

Anonymous September 24, 2012 at 9:27 PM  

Smga anda sekeluarga tabah. Anak sy juga didiagnos penyakit sama dan kini sedang menjalani rawatan di HKL

Anonymous January 25, 2013 at 6:42 PM  

Salam Anonymous said....macamana keadaan anak yg dirawat di HKL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP